INDAHNYA ISLAM

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ramadhan Karim




PERANAN HAMBA DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah madrasah tarbiyyah ar ruhiyyah untuk mendidik dan melantik hambanya agar menjadi hamba yang beriman dan bertakwa. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 jelas menggariskan taqwa sebagai matlamat utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan.
Sebagai seorang hamba , rebutlah peluang keemasan ini untuk menempatkan diri hampir di sisi Allah.

Terlebih layak bagi mahasiswa menjadi generasi intelektual dalam akademik dan pengajian islam. Mereka mestilah emiliki kemuliaan ini sementara peluang hanya sekali dalam setahun. Selain menjalani ibadah puasa setiap mahasiswa perlu berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi peengabdian diri kepada Allah swt dengan menambah koleksi ibadah kusus kerana ia adalah asas kekuatan spiritual bagi seseorang mahasiswa sebelum mendepani cabaran dunia luar.
Capailah segala kelebihan yang di kurniakan Allah SWT. di bulan yang berkat ini. Terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa sebagai hamba yang hidup bukan untuk sia-sia dan menjadi perisai Ummah.
Menjalani kehidupan dalam suasana pengabdian diri kepada Allah SWT di bualn yang mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa. Hamba yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah. Kedudukan yang hampir itulah membuatkan doanya di terima Allah munajatnya juga diterima.
Doa dan munajat yang di terima inilah antara senjata yang paling berkesan untuk di bawa ke medan juang terutama apabila berdepan dengan musuh yang begitu licik dan liat untuk di tewaskan.

Ilmu akademik dan pengajian islam yang kita dokong hari ini sangat memerlukan pelajar yang hebat mantap spritual di samping memiliki kekuatan peribadi dan ketinggian akhlak. Keadaan ini juga memerlukan pelajar yang memiliki pemahaman yang jelas dan penghayatan yang sempurna terhadap cara hidup yang sebenar. Mudah mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dan satu peluang untuk diri kita.