INDAHNYA ISLAM

Isnin, 11 April 2011

Mengapa Wanita Mudah Menangis?

PENULIS (Zuriati Ibrahim from milist ingatan)

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya.

"Ayah, mengapa Ibu menangis?,

Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab,

"Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".

Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya,

mengapa wanita menangis.

Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,

walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut

untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan

mengeluarkan bayi dari rahimnya,

walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,

pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya

walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk

mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun.

Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi

yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan

kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya

melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi

setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk

memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik

adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula

kebijaksanaan itu akan menguji setiap

kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri

sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan

perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita,

agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,

walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

Manisnya mengadu dengan-Nya

Dia di sini merujuk kepada pencipta kita yang agung iaitu Allah Swt. Kita sebagai hambanya hidup di dunia ini hanyalah umpama pengembara yang sedang berusaha menuju ke detinasi yang di cari. Dalam perjalanan menuju ke destinasi pastilah banyak gangguan dan ujian yang perlu di tempuhi. Jika tersalah, maka sesatlah…Kompas alat utama untuk menuju ke destinasi.

Begitulah hidup. Andai kita berbekalkan Al-Quran dan sunnah, luruslah kita..Andai kita tiada bekalan maka pelbagai perkara mempengaruhi kita. Penguat hati lagi di tambah dengan ibadat di malam hari. Orang-orang alim dan wali-wali menggunakan malam masa untuk beribadat kepada Allah swt.

Daripada Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada Aisyah r.a: “bagaimanakah solat Nabi SAW di waktu malam?” Aisyah berkata:

“Baginda biasa tidur di awal malam dan bangun di akhir malam kemudian baginda solat. Kemudian baginda kembali ke tempat tidurnya. Apabila azan telah berkumandang baginda bangkit. Jika baginda junub, baginda mandi, jika tidak baginda hanya berwuduk.”(hadis riwayat Buhkari).

Tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk solat 2 rakaat. Walau terjaga selalu dihanyutkan lagi dengan buaian syaitan untuk kembali tidur. Di antara tips-tips mudah melakukan Qiamulail:

· Istighfar sebelum terbenam matahari.

· Tidak makan terlalu kenyang sebelum tidur.

· Menutup hari dengan kebaikan.

· Menjaga mata dari pandangan yang haram.

· Tidak terlalu cenderung kepada dunia.

Amalan-amalan ini yang sebaiknya. Tetapi kita perlu berusha untuk menggunakan cara-cara lain juga untuk bangun bertahadjud. Sepertimana kita ketahui, qiamulail ini satu kewajipan yang di lakukan oleh Rasulullah tetapi sunah bagi umatnya. Qiamulail juga adalah satu cara untuk seseorang melakukan perubahan dalam dirinya kearah yang lebih baik. Ini kerana dalam Qiam kita bebas berdialog dengan Allah..mohon lah segala-galanya dari-Nya. Insaflah dan menangislah sepuas-puasnya. Mengadulah seperti seolah-olah Allah melihat kita.

Apabila kita melakukannya dengan ikhlas dan ihsan, terbuktilah kesannya di siang hari. Hidup lebih bersemangat dan segala kerja Insyaallah dapat di lakukan dengan mudah dan sempurna. Bagi mereka yang belum pernah cuba melakukan Qiam ini, cubalah..Buat la dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bersangka baiklah terhadap Allah SWT. Kepuasan itu datang cepat atau lambat, sabarlah…Kemanisannya ada menunggu di hadapan. Jadilah umpama “Singa di siang hari dan Abid di malam hari”. Moga kalimah ini terpahat dalam diri ana dan pembaca sekalian. Bersamalah kita berdoa:

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhanku..

Ampunkan lah dosaku..

Jadikanlah aku elok amalan..

Tunjukkan aku jalan kebenaran..

Teguhkan aku Islam dan Iman..

Permudahkan aku di hari kemudian..

Limpahkan darjat yang tinggi ke atas junjungan kami Rasulullah Saw,

Rahmatilah kedua Ibu bapa kami dan guru-guru kami,

Serta muslimin dan muslimat seluruhnya..

Amin…

*Doa mase sek rendah setiap kali perhimpunan-1995-2000-

Khamis, 7 April 2011


Assalamualaikum...benarlah hidup ni kita xboleh nak jangka..Kita ingatkan miggu ni kita xhadapi hari-hari yang menyedihkan, tapi xseperti yang di fikirkan..Tak di sangka hari ini kita akan jatuh tersungkur dengan satu UJIAN yang umpama jatuhnya batu besar di atas kepala..Puas hati usha untuk jadi tabah..Tapi ujian yang yang Allah turunkan bukan lah calang-calang..Hati merintih puas..Tangisan dari sakitnya hati kadang-kadang tak memberi sebarang tanda untuk kurangnya kesedihan..Benar lah hanya Allah yang mampu mengurangkan rasa sensara ini..Kerana dia yang tentukan semua ini..Sebagai orang yang beriman dengan qodo' dan qadar, perlulah usha untuk menghadapi ujian ini..Walau hati bagai jatuh di lantai dan di pijak-pijak oleh orang lain. Tapi ana percaya semua ada hikmahnya..Ana tak sabar-sabar menunggu apakah kemanisan yang bakal ana dapat setelah ujian sebesar ini ana hadapi dengan berlapang dada..Bukan sekali dua ujian seperti ini datang.. sudah beberapa kali tapi masih sukar untuk ana biasakan diri.. Moga Allah ampunkan dosa ana dan umat islam yang lain. Andai Allah berikan kesenangan suatu hari nanti kepada ana, Mohon Allah berikan kesenangan pada yang lain juga.. Agar bukan ana seorang yang merasai kemanisan ujian yanG Allah berikan pada ana..Bukan senang untuk menjadi orang-orang yang terpilih..Kerana ana dalam perjuangan ana cuba hadapi walau hati ana seorang perempuan yang bukan lah setabah Sumayyah kehilangan suaminya dan masyitah yang diseksa..Tapi ana teguh beriman dengan kalimah "LA ILAHAILLALLAH.." Teguhnya ana kerana ikrar ana pada Islam dan perjuangan kerana Allah..Ya Allah....sakitnya hati menahan ujian Mu ya Allah...Bukan mudah menjadi wanita yang sejati dan di rahmati..Pelbagai ujian yang dihadapi dengan sifatnya sentiasa beremosi..Andai ada wanita sepertiku, bersama-samalah doa untuk mencapai kemanisan yang bakal di terima dengan melalui ujian dari Allah yang hebat-hebat semuanya...TAKBIR!!!!! ALLAHU AKHBAR!!!!

Isnin, 4 April 2011




Salam..
mak dan abah yang di sayangi..Tanpa ketabahanmu, aku tidak jadi seperti aku sekarang..Seorang pendamba kasih dari kasih mak dan abah..Kegembiraanmu dan kesusahanmu aku rasai walau aku bukanlah anak yang paling terbaik antara anak-anakmu yang lain...Ketika hilang kekuatan, hilang semangat, selain Mu ya Allah, mak dan abah tempatku merintih..Walau lidah kelu mengungkap rindu, walau lidah kelu mengngungkap dahagakan kata-kata, tapi dirimu tahu ku inginkannya...
Benarla kata orang jangan sembunyikan apa-apa dari ibu bapamu, kerana dia tahu anak-anaknya...
Aku takutkan hari-hari yang berlalu...Usia mak dan abah makin meningkat...adik-beradikku masih bersekolah...Terutamanya aku yang sering memerlukan mereka...Ya Allah aku bersyukur dengan pemberianmu kepadaku dengan memberi mak dan abah yang hebat untukku...amin..

HAMPIR KE AMBANG IMTIHAN


SALAM..
Kali ni ana nak bawa beberapa perkongsian tentang gelagat budak-budak kampus ana bile hampir kepada imtihan final..ha...Bermulanya dengan cara budak kampus gelabah apabila study week. Ayat-ayat mengeluh..Contonya, "camne ni banyak lagi nota xder ni..", "camner ni banyak lagi belum bace ni...argghhh!!!." Itu contoh-contoh ayat yang selalu di ulang oleh pelajar di kampus ana, boleh di katakan oleh semua pelajar kampus. Yang peliknya, ramai menggunakan ayat yang sama apabila imtihan hampir tiba....Yang pelikknya lagi , ada pula yang mengeluh tapi mata dan tingkah laku masih tak bertindak untuk membaca..masih di hadapan facebook dan lain-lain.
Yang hebatnya, waktu ni la ana dapat ramai kawan-kawan dari surau...dapat kawan-kawan baru yang sebelum ni just kenal muka tapi tak penah bercakap. Dekat mana tau??ha...ana dapat jumpa kawan-kawan ni di surau...Time nak dekat imtihan ni la ramai yang beriktiqaf dan bermunajat di surau... meriah..Alhamdulillah...sekurang-kurangnya, ada juga teringat untuk ke surau dari xder langsung...Ramai yang study sampai lewat malam bila 2 atau 3 hari lagi nak imtihan...bile exam muka dah biru...Ada yang jenis prepair awal-awal nota sebelum study week, agar mudah untuk study nanti. Ada juga yang nota pun belum siap dan entah kemana-mana nota diletakkan..
Di sini ana nak nasihat untuk ana dan rakan-rakan..jangan la telalu ekstreem bila study..tapi kalau hard bersama smart ok la...jangan sampai lewat solat, xmakan, dan sebagainya...Tapi ana nak nasiahtkan juga yang mana tak boleh study, cari la ketenangan dengan cara yang kreatif..Ada segelintir rakan-rakan yang mengganggu pula rakan lain yang sedang study..Rakan yang tertekan semakinlah tertekan...Fahamilah cara rakan anda study..
Waktu nak dekat imtihan ni juga la ramai yang selalu contect mak abah...Selama ni just slu calling bf dan gf jer. Ada yang lagi dasyat, dah nak imtihan pun masih bergayut dengan bf atau gf..
Sebagai perkongsian, selalu lah bertahjud dan mohon lah keampunan dan nangislah sepuas-puasnya ketika bersujud kepada Allah...Janganlah dah gagal baru sedar.. Doakan ana exam 25 april ni...subjek banyak pengajian islam dan management..
Untuk anda yang imtihan juga, ana doakan semoga antum sume mudah memahami ilmu dan menerima ilmu yang telah dipelajari..Niat satu kerana Allah swt. kerana apa?kerana bila berjaya impiannya satu, untuk menukar semua pentadbiran dan sistem-sistem yang selama ni salah kepada yang baik dan bersyariat. Semua ni untu apa?? Semua ni untuk melahirkan golongan yang berjaya di dunia dan akhirat..Di antara ana punya impian, Insyaallah ana nak perketatkan lagi pemilihan untuk pengambilan guru-guru terutamanya guru-guru sekolah agama. Ana tak nak ada lagi fitnah yang di terima yamg mane guru-guru sekolah agama di pilih daripada mereka yang tidak berakhlak dengan akhlak yang baik dan bebas berpeleseran di luar..Ana kesian dengan anak-anak murid yang di ajar oleh guru seperti itu..keduanya, ana nak perkuatkan lagi etika seeorang yang bekerja di organisasi. Masih ramai pekerja yang tidak beretika dan tidak mengambil berat dengan etika seorang pekerja yang baik. Banyak dah iklan-iklan SENYUM,TOLONG MENOLONG, RAMAH, MESRA PELANGGAN dan sebagainya..Tapi hanya dusta semata-mata.. Andai ANA di tentukan Allah untuk menjadi seseorang yang berkuasa, SETELAH ANA BERUSHA SEKARANG, akan ANA perketatkan etika pemakaian di kampus ana..Akhlak, dan biah solehah...Bukan setakat pelajar-pelajar, dengan lecturer-lecturer sekali...
Ya Allah, kuatkan aku...
Akhirnya, SELAMAT MENTELAAH PELAJARAN....:-)

CINTA USTAD USTAZAH


Cinta ini lebih kepada mereka yang bertudung litup dan seakan-akan penampilan seorang ustaz atau ustazah. Tetapi tidak semua..Hanya segelintir..Mereka menggunakan pendekatan yang amat kreatif dan tidak perlu berjumpa. Tidak perlu menghabiskan wang dan tidak menjelaskan kesalahan yanng nyata dan ke arah maksiat. Mereka tidak sedar yang mana mereka sebenarnya telah di perangkap oleh syaitan dan iblis yanng amat pakar dalam tipu dayanya yang halus. Cinta ini sangat terkenal di IPTA/IPTS. Walau mereka tidak berjumpa tetapi mereka menggunakan kemudahan ICT sebagai penghubung cinta mereka. Kepada yang lebih kreatif, mereka menggunakan persatuan dan kelab-kelap di kampus masing-masing sebagai wasilah untuk berjumpa. Faktor yang menyebabkan cinta ini berlaku kerana terdapat mahasiswa yang mentafsir hadis berdasarkan kepada pemahaman sendiri. Menggunakan hadis untuk kegunaan di sesuatu tempat untuk kemudahan sendiri.. Yang keduanya, mereka kononnya tidak mahu menyamakan cinta mereka sama seperti cinta yang lain yang mana jelas menampakkan kesalahan dan kemaksiatan. Hakikatnya mereka lupa yang diri mereka telah berjaya di kawal oleh syaitan yang menggunakan pendekatan yang amat halus seperti mana iblis menipu Adam dan Hawa.
Akhirnya, kepada yang pernah melakukan, cepat-cepat la bertaubat. Jangan sampai kita tidak sedar syaitan telah bergelak sakan ketawakan kita tanpa kita ketahui. Cinta itu naluri dan Islam datang bukan untuk membunuh naluri. Tetapi tundukkan naluri kita terhadap Allah swt. Jadilah manusia yang sejahtera nalurinya. Cinta iti indah, mulia dan lambang maruah manusia. Maka jagalah sebaiknya. Apabila Islam melarang cinta di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, maka Islam membawa kepada sesuatu sebagai ganti. Iaitu PERKAHWINAN.....Jangan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang muslimah di hadapan musuh dan malulah dengan ALLAH swt..