INDAHNYA ISLAM

Isnin, 4 April 2011

CINTA USTAD USTAZAH


Cinta ini lebih kepada mereka yang bertudung litup dan seakan-akan penampilan seorang ustaz atau ustazah. Tetapi tidak semua..Hanya segelintir..Mereka menggunakan pendekatan yang amat kreatif dan tidak perlu berjumpa. Tidak perlu menghabiskan wang dan tidak menjelaskan kesalahan yanng nyata dan ke arah maksiat. Mereka tidak sedar yang mana mereka sebenarnya telah di perangkap oleh syaitan dan iblis yanng amat pakar dalam tipu dayanya yang halus. Cinta ini sangat terkenal di IPTA/IPTS. Walau mereka tidak berjumpa tetapi mereka menggunakan kemudahan ICT sebagai penghubung cinta mereka. Kepada yang lebih kreatif, mereka menggunakan persatuan dan kelab-kelap di kampus masing-masing sebagai wasilah untuk berjumpa. Faktor yang menyebabkan cinta ini berlaku kerana terdapat mahasiswa yang mentafsir hadis berdasarkan kepada pemahaman sendiri. Menggunakan hadis untuk kegunaan di sesuatu tempat untuk kemudahan sendiri.. Yang keduanya, mereka kononnya tidak mahu menyamakan cinta mereka sama seperti cinta yang lain yang mana jelas menampakkan kesalahan dan kemaksiatan. Hakikatnya mereka lupa yang diri mereka telah berjaya di kawal oleh syaitan yang menggunakan pendekatan yang amat halus seperti mana iblis menipu Adam dan Hawa.
Akhirnya, kepada yang pernah melakukan, cepat-cepat la bertaubat. Jangan sampai kita tidak sedar syaitan telah bergelak sakan ketawakan kita tanpa kita ketahui. Cinta itu naluri dan Islam datang bukan untuk membunuh naluri. Tetapi tundukkan naluri kita terhadap Allah swt. Jadilah manusia yang sejahtera nalurinya. Cinta iti indah, mulia dan lambang maruah manusia. Maka jagalah sebaiknya. Apabila Islam melarang cinta di antara lelaki dan perempuan sebelum berkahwin, maka Islam membawa kepada sesuatu sebagai ganti. Iaitu PERKAHWINAN.....Jangan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang muslimah di hadapan musuh dan malulah dengan ALLAH swt..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan