INDAHNYA ISLAM

Jumaat, 18 November 2011

SEPUPU2 MASE ARI RAYE KORBAN

SEDARE MARE BELAH MAK

MY FAMILY MASE GI SUNWAY.
ABANG N ADIK LAKI SOWANG LAGI XDER DLM GMBAR

NI PON KT SUNWAY

SEPUPU2 SAYE BELAH ABAH

KAWAN-KAWAN BACTH SAYE DI SMAAM

KAWAN2 BACTH SAYE DI SMAAM

ADIK BERADIK ABAH.AD LAGI TAPI X BGAMBAR

WAKTU TAKBIR RAYE,MALAM RAYE


Jumaat, 28 Oktober 2011

Bila Aku diDuga

Bila Aku DiDuga...

Bila aku diduga,aku tersungkur jatuh..
Bila aku diduga, merintih lemah sedu sedan air mata...
Bila aku diduga, fikiran melayang entah kemana..
Bila aku diduga hati tak keruan..
Tapi..aku lupa..aku perlu beristigfar padaNya..
Bila aku diduga aku perlu bersyukur kehadrat-Nya..
Bila aku diduga aku perlu tahu, itulah imtihan dariNya..
Aku lupa yang dugaan itu tanda Dia mengingatiku..
Tanda Dia rindu akan doa dan pohonan ku padaNya..
Bila aku diduga aku lupa Dia tidak mahu aku tersasar jauh dariNya..

Bila aku diduga aku sering mencari apa kesalahan yang aku telah lakukan..
Tapi aku lupa ada hikmah dalam duga itu..
Dia mahu menguji sejauh mana ketentuanNya aku redhai..
Bila aku diduga aku mula menghukum sesiapa sahaja..
Tapi sebenarnya aku lupa..
Bila aku diduga aku lupa yang aku diingati oleh Nya,
kerana aku terlalu bergantung kepada yang tidak selayak kecuali dariNya..
Baru aku tahu hanya Dia tidak jemu menjadi temanku ketika apapun..

Dan aku perlu tahu..
Apabila aku diduga,aku perlu bangkit dari sebelumya..
karana ada mereka yang lebih hebat dugaan keatasnya..
kerana ada yang putus asa dan terlepas dari rahmatNya..
Tapi aku beruntung..
kerana aku masih ada hidayah dariNya..
hanya Dia mampu memberi semangat dan ingatan atas diriku agar aku berubah..
kerana aku yakin tiada yang Maha Hebat selain dariNya..
karana aku yakin hanya Dia Maha penyayang pada makhlukNya..
kerana hanya Dia yang layak disembah..

Allah mengujinya (baik dengan kesenangan ataupun kesusahan) kemudian menolongnya dengan kesabaran.
Dalam sebuah hadits disebutkan, Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya (HR. Bukhari)
Di AlQuran surat Ali Imran ayat 146 juga disebutkan, ”Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”.



Ahad, 11 September 2011

BELENGGU DOSA




Dimanakah aku…

Kalanya aku bertahadjud di sepertiga malam..

Kalanya aku berzikir pnuh khusyuk memegang dada..

Kalanya aku menangis sepuas-puasnya memohon keampunan…

Kalanya juga aku bermuhasabah sebelum terlena..

Tapi, aku musykil..

Kalanya aku terlalu sukar mengorbankan lenaku..

Kalanya aku jarang memanjakan lidahku dengan zikir..

Kalanya aku mula melakukan sesuatu dosa dengan mudahnya..

Sehinggakan aku lupa siapa aku untuk-NYA..

Kala imanku membara aku terasa dekat dengan-NYA..

Merindui rasul-Nya hingga menitiskan air mata..

Umpama ada yang menghalang jika ingin lakukan dosa..

Tapi, aku musykil…

Ada kalanya aku lupa mana doa..

Aku lupa tingkah lakuku di lihat-NYA..

Mengapa…?

Mengapa imanku terlalu goyah..

Mengapa ada kalanya nafsuku menang?

Mengapa ada kalanya nafsuku dapat ku kawal..?

Tuhan…

Ketuk lah dinding imanku.

Agar ku sedar kesilapanku..

SAHABAT


Untuk memahami sahabat..

Sesuatu yang sukar di lakukan..

Untuk memahaminya perlu mengenalinya sepanjang hidup..

Untuk memahaminya,perlu berbicara dengannya..

Tapi,itu semua masih sukar untuk memahaminya..

Saat indah apabila memahaminya ialah

ketika kita mula menyayanginya..

saat kita sayanginya dapat membuatkan kita menitiskan air mata..

saat dia jauh,kita rasa sunyi..

walau jauh dari kita,kita tak pernah ucapkan selamat tinggal..

setelah sekian lama tak ketemu, pegang tanganya lihat wajahya..

Pasti berkaca dalam mata..

Hati bagai berlagu gembira..

Bahagia tak terucap walau rindu mekar di dada..

Apa yang membuat kita menyayanginya???

Apabila dia sedia menerima kekurangan dan kelemahan diri kita..

Apabila dia berusaha untuk membawa kita bersama-samanya mencapai kejayaan dalam hidup..

Dan apabila kita dapat memiliki sahabat yang berbeza gelagat dan mengajar kita erti kehidupan sebenar…

To aLL My Friends…

5:22 PETANG

Isnin, 11 April 2011

Mengapa Wanita Mudah Menangis?

PENULIS (Zuriati Ibrahim from milist ingatan)

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".

"Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya.

"Ayah, mengapa Ibu menangis?,

Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab,

"Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".

Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya,

mengapa wanita menangis.

Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,

"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya,

walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut

untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan

mengeluarkan bayi dari rahimnya,

walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan,

pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya

walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk

mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun.

Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya.

Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi

yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan

kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya

melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya.

Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi

setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk

memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik

adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula

kebijaksanaan itu akan menguji setiap

kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri

sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan

perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita,

agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan.

Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,

walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

Manisnya mengadu dengan-Nya

Dia di sini merujuk kepada pencipta kita yang agung iaitu Allah Swt. Kita sebagai hambanya hidup di dunia ini hanyalah umpama pengembara yang sedang berusaha menuju ke detinasi yang di cari. Dalam perjalanan menuju ke destinasi pastilah banyak gangguan dan ujian yang perlu di tempuhi. Jika tersalah, maka sesatlah…Kompas alat utama untuk menuju ke destinasi.

Begitulah hidup. Andai kita berbekalkan Al-Quran dan sunnah, luruslah kita..Andai kita tiada bekalan maka pelbagai perkara mempengaruhi kita. Penguat hati lagi di tambah dengan ibadat di malam hari. Orang-orang alim dan wali-wali menggunakan malam masa untuk beribadat kepada Allah swt.

Daripada Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada Aisyah r.a: “bagaimanakah solat Nabi SAW di waktu malam?” Aisyah berkata:

“Baginda biasa tidur di awal malam dan bangun di akhir malam kemudian baginda solat. Kemudian baginda kembali ke tempat tidurnya. Apabila azan telah berkumandang baginda bangkit. Jika baginda junub, baginda mandi, jika tidak baginda hanya berwuduk.”(hadis riwayat Buhkari).

Tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk solat 2 rakaat. Walau terjaga selalu dihanyutkan lagi dengan buaian syaitan untuk kembali tidur. Di antara tips-tips mudah melakukan Qiamulail:

· Istighfar sebelum terbenam matahari.

· Tidak makan terlalu kenyang sebelum tidur.

· Menutup hari dengan kebaikan.

· Menjaga mata dari pandangan yang haram.

· Tidak terlalu cenderung kepada dunia.

Amalan-amalan ini yang sebaiknya. Tetapi kita perlu berusha untuk menggunakan cara-cara lain juga untuk bangun bertahadjud. Sepertimana kita ketahui, qiamulail ini satu kewajipan yang di lakukan oleh Rasulullah tetapi sunah bagi umatnya. Qiamulail juga adalah satu cara untuk seseorang melakukan perubahan dalam dirinya kearah yang lebih baik. Ini kerana dalam Qiam kita bebas berdialog dengan Allah..mohon lah segala-galanya dari-Nya. Insaflah dan menangislah sepuas-puasnya. Mengadulah seperti seolah-olah Allah melihat kita.

Apabila kita melakukannya dengan ikhlas dan ihsan, terbuktilah kesannya di siang hari. Hidup lebih bersemangat dan segala kerja Insyaallah dapat di lakukan dengan mudah dan sempurna. Bagi mereka yang belum pernah cuba melakukan Qiam ini, cubalah..Buat la dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bersangka baiklah terhadap Allah SWT. Kepuasan itu datang cepat atau lambat, sabarlah…Kemanisannya ada menunggu di hadapan. Jadilah umpama “Singa di siang hari dan Abid di malam hari”. Moga kalimah ini terpahat dalam diri ana dan pembaca sekalian. Bersamalah kita berdoa:

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhanku..

Ampunkan lah dosaku..

Jadikanlah aku elok amalan..

Tunjukkan aku jalan kebenaran..

Teguhkan aku Islam dan Iman..

Permudahkan aku di hari kemudian..

Limpahkan darjat yang tinggi ke atas junjungan kami Rasulullah Saw,

Rahmatilah kedua Ibu bapa kami dan guru-guru kami,

Serta muslimin dan muslimat seluruhnya..

Amin…

*Doa mase sek rendah setiap kali perhimpunan-1995-2000-