INDAHNYA ISLAM

Jumaat, 28 Oktober 2011

Bila Aku diDuga

Bila Aku DiDuga...

Bila aku diduga,aku tersungkur jatuh..
Bila aku diduga, merintih lemah sedu sedan air mata...
Bila aku diduga, fikiran melayang entah kemana..
Bila aku diduga hati tak keruan..
Tapi..aku lupa..aku perlu beristigfar padaNya..
Bila aku diduga aku perlu bersyukur kehadrat-Nya..
Bila aku diduga aku perlu tahu, itulah imtihan dariNya..
Aku lupa yang dugaan itu tanda Dia mengingatiku..
Tanda Dia rindu akan doa dan pohonan ku padaNya..
Bila aku diduga aku lupa Dia tidak mahu aku tersasar jauh dariNya..

Bila aku diduga aku sering mencari apa kesalahan yang aku telah lakukan..
Tapi aku lupa ada hikmah dalam duga itu..
Dia mahu menguji sejauh mana ketentuanNya aku redhai..
Bila aku diduga aku mula menghukum sesiapa sahaja..
Tapi sebenarnya aku lupa..
Bila aku diduga aku lupa yang aku diingati oleh Nya,
kerana aku terlalu bergantung kepada yang tidak selayak kecuali dariNya..
Baru aku tahu hanya Dia tidak jemu menjadi temanku ketika apapun..

Dan aku perlu tahu..
Apabila aku diduga,aku perlu bangkit dari sebelumya..
karana ada mereka yang lebih hebat dugaan keatasnya..
kerana ada yang putus asa dan terlepas dari rahmatNya..
Tapi aku beruntung..
kerana aku masih ada hidayah dariNya..
hanya Dia mampu memberi semangat dan ingatan atas diriku agar aku berubah..
kerana aku yakin tiada yang Maha Hebat selain dariNya..
karana aku yakin hanya Dia Maha penyayang pada makhlukNya..
kerana hanya Dia yang layak disembah..

Allah mengujinya (baik dengan kesenangan ataupun kesusahan) kemudian menolongnya dengan kesabaran.
Dalam sebuah hadits disebutkan, Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan maka ditimpakan ujian padanya (HR. Bukhari)
Di AlQuran surat Ali Imran ayat 146 juga disebutkan, ”Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan