INDAHNYA ISLAM

Ahad, 9 Disember 2012

BaRu PiNdAh RumAh???


gambar hiasan jer

BARU PINDAH RUMAH???CARA NAK MULAKAN UNTUK MENGEMAS.

keBanyaKan orang tak tahu bagaimana Nak MuLakan mengmas apaBila Pindah RuMah Baru..REumah Dah BasUh.Tapi Barang2 Penuh and xtau bagaiMana Nak MulaKan UnTuk Mengemas...hehehe. Saya nak Kongsi Sdikit Macam Mana Nak MemuLakan MengeMas Rumah Bila Dah Pindah. SAya pindah rumah bersama family mak,abah n adik2 just gunakan pacuan abah saya(TRITON) and motor Ego S saye..hehehehe.Mb sb tak banyak barang. sminggu sb tenaga yang ada hanya Mak,Abah,adik perempuan,saya, and adik bongsu yang darjah 6.abg n sowg lg adik llaki sibuk kerje dan mnetap di rumah lain...tarikh Pindah rumah 23/11/2012.Mase ni saye bz dengan nk uruskan konjvo saye n terpakse xg kursus warden di Muar..sory yang terlibat..bawah ni list untuK keMaS UMah...

1. Basuh Rumah.
2. Packing Barang(sminggu)(labelkan)
3.Angkat Barang ke rumah baru.barang yg label pinggan mangkuk sume ltak kt dpur.yang pakaian masing2 ltak dlm bilik masing2.barang yg jarang gune letak dalam stor.perhiasan n cndrahati ltak kt ruang tamu. Tilam and prabot2 ltak dekat tmpat masing(ruang tamu,bilik,dpur).
4. Apa2 pun sblum mulakan menyusun brg2 first2 msti setelkan pakaian.(lipat n Sangkut).
5.susun brg2 hiasan dalam almari hiasan.
6.susun brg2 pingganmangkuk dalam almari khas
7.pasang langsir.
8.gantung hiasan2 dinding
9.setting Tv(astro),akuarium and lln.
10.sapu rumah.
11.Ssun pasu n bunga2(luar umah).

p/s:dah slesai.shari slpas slesai deco umah, bt la doa slamat n jamu jiran2.moga murah rzki....:-)

TERSEMBUNYI DALAM DIARI

 
 
TERSEMBUNYI DALAM DIARI
 
PADA KANDUNGAN DIARI INI,
ADA DUNIA YANG TERSEMBUNYI DI DALAMNYA,
DI SITU JUA AKU KERAP BERSENDIRI,
DI ATAS TILAM FANTASI DITEMANI BIDADARI,
YANG MENGHIBUR MELAGUKAN BAIT-BAIT PUITIS,
DENGAN MATA PENA YANG BENING,
 
WALAU BILA-BILAPUN KU KUNJUNGI DUNIA DALAM DIARI,
AKU DILAYANI PERSIS TETAMU AGUNG,
DAN AKU HANYA PERLU BERBARING TENANG,
DI ATAS HAMPARAN FANTASI.
 
MENCIPTA LENGGOK BAHASA KASARKU DENGAN NASIHAT LEMBUT,
MENGHALAU SEGALA LUKA YANG SADIS DALAM JIWA.....
 
 

Selasa, 9 Oktober 2012

SedaRkah Kita Ia HaNyaLah Ujian Rupanya...?

Semakin meningkat usia kita, semakin banyak cabaran dan tanggungjawab yang bakal kite pikul..Dengan usia tersebut kita bakal menghadapi sesuatu yang sebelum ini dirasai oleh orang yang sebelumnya..Kadang-kala kita terlalu bahagia dengan datangnya sesuatu nikmat yang membuatkan kita terlalu bahagia sedangkan kita lupa sebenarnya ia adalah ujian kepada kita sehingga membuatkan kadngkala kita terlupa diri dan berasa kita berada di atas..Sejujurnya kehidupan kita di dunia ini penuh rahsia dan misteri..Kita sebagai manusia biasa tidak tahu yang bakal berlaku akan datang..Kita juga tidak tahu hikmah perkara yang berlaku itu..Kadang-kadang kite  menganggap sesuatu itu sebagai suatu yang buruk sedangkan perkara itu sebenarnya elok dan baik untuk kita..Kadang-kala kita tidak suka perkara yang sebenarnya baik untuk diri kita..
Allah berpesan dalam al-Baqarah 216:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untukmu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Hidup kita ini sebenarnya adalah satu ujian. Tak hairanlah kalau kita sering berhadapan dengan masalah. Kita sebagai orang yang beriman tidaklah disarankan menggunakan cara yang menyalahi syariat bagi mengharungi cabaran. Nabi mengajar kita supaya beristikharah, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang ditulis yang dikatakan oleh Bukhari..
Kadangkala kita berasa kita sentiasa berada dalam zon selesa..Kadang kala kita lupa hubungan kita denga Pencipta dan sesama manusia..Kadangkala kita merasakan diri kita yang terbaik sehingga kita memandang orang lain tidak mampu membuat sesuatu sesempurna kita..Sehinggakan kita hilang percaya pada orang lain..Sehinggalah datangnya ujian yang melemahkan kita dan barulah kita tersedar dari nikmat bahagia yang sebentar itu..Masalah hidup sering membingungkan kita sehingga kita tidak tahu cara yang perlu digunakan untuk menyelesaikannya..Kita juga keliru apakah cara terbaik untuk kita berjaya..Walaupun kita diberi akal untuk berfikir, sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari kesalahan..Segalanya memerlukan petunjuk dari allah swt..
Percayalah hanya allah mampu meletakkan yang terbaik untuk diri kita,agama kita dan urusan hidup kita...Mengadulah denga Dia..Dia tidak pernah bosan mendengar rintihan kita..Dia tidak pernah memungkiri janjiNya...Hanya Dia yang setia...Hanya dia memahami..hanya dia segalagalanya....

Firman allah dalam surah Al-Baqarah 45:
Mintalah pertolongan daripada Allah dengan sabar dan mengerjakan solat. Solat itu amatlah berat kecuali kepda mereka yang khusyuk. Mereka ini percaya dengan yakin yang mereka akan menemui Tuhan mereka dan kembali kepdaNya..

Sabtu, 6 Oktober 2012

ulangtahun kelahiran Abahku









MUNAJAT SEORANG GURU




DOA SEORANG GURU.....
Ya Allah...
Ampunkanlah dosaku...Sesungguhnya aku ini hamba di bawah penaklukan dan kekuasaan Mu Ya Allah...Jadikanlah aku hambamu yang Kau Redhai Ya Allah...
Ya Allah...Aku datang ke sini kerana panggilanMu Ya Allah..Aku datang ke sini demi seruan Mu Ya Allah..
Dan aku rela...
Aku menyahut seruanMu utk mendidik anak-anak muridku untuk menjadi hambaMu yang bertaqwa...
Ya Allah...Aku m
enyahut seruanmu untuk mengeluarkan mereka dari belenggu kejahilan dan kezaliman untuk membawa kepada sinar kealiman......
Jadikan aku guru yang penuh hikmah dan kesabaran..Jadikan aku guru yang sabar dalam melayani dan menangani kerenah murid-muridku ya Allah...
Ya Allah bantulah aku agar tindakan ku ini tidak terlalu keras hingga membantutkan potensi mereka...Jangan pula aku menjadi terlalu lembut sehingga tidak dapat membentuk peribadi mereka Ya Allah...
Ya Allah berikanlah aku hikmah dan petunjuk yang terbaik dalam bertindak dalam melayani setiap kerenah anak-anak muridku Ya Allah...Ya Allah jadikan teguran dan kemarahanku itu ,kemarahan yang menginsafkan..Jadikan pujukanku itu pujukan yang menyentuh perasaan...sehingga mereka terdorong untuk mendekatkan diri kepada Mu Ya Allah...
Ya Allah..Aku memohon kepadaMu ,Jadikan lah anak-anak muridku hambaMu yang soleh dan solehah...Janganlah engkau jadikan mereka manusia yang bergelumang dalam kemungkaran dan kemaksiatan.. Sesungguhnya mereka yang bakal mewarisi seruan RasulMu Ya Allah...Moga suatu hari nanti,bumi ini akan lebih dihiasi ketaqwaan kepada Mu Ya Allah...Moga kami semua sentiasa hidup dalam limpahan rahmatMu Ya Allah...
Kabulkan pemintaanku Ya Allah....Amin...

Rabu, 23 Mei 2012

aku paling suke??

Barang-barang yang paling aku suka masa kanak-kanak:
1-warna crayon yang mcm2 bentuk..(mase tu dpt crayon bentuk itik).
2-buku warna dan buku cerita.(lau g spermrket msti naik tingkat 3 sorang2 cari buku.)
3-pensel tekan.
4-Baju tshirt ada topi kt blakang baju.
5-kasut roda(sampai mimpi2 slagi tak beli.(dapat mase dapat no best dlm kelas.sb abah jnji nk beli)
6-majalah surat kbr DIDIK.(langgan kt sekolah).
7-key chain

Barang2 yanng paling aku suka waktu remaja:
1-Al-Quran tafsir.(ayah bagi satu, tp ilang mase kt sek agama rmpin.
2-aksesori rambut.
3-Enset.(1st time gune mase tingkatan 5, tu pn ayah punyer)
4-Jam tangan kepala besar.
5-sendel cam laki-laki.
6-kasut sarung yang comel.

Barang-barang yang paling aku suke bile belia:
1-jubah.
2-kasut
3-beg tali panjang.
4-al-quran tafsir(first time beli sendiri)
5-pendrive
6-kumpul buku.(buku management, akhlak, akidah, feqh, motivasi, haraki)
7-masak.
(banyak lg..bukan meterialistik, just untuk suke2)

Sesuatu yg boleh bt menangis:
1-Rindu mak n ayah.
2-ada masalah.
3-kene marah
4-tgk adik-adik kene marah.
5-nampak baby bile ada masalah.
6-Bile lame xmuhasabah diri.
7-bile barang yang aku sayang hilang atau orang gune xmntak izin.
8-rindu kawan-kawan



Rabu, 16 Mei 2012

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini hari yang mengingatkan aku tentang pengorbanan seorang guru kepadaku..GURU??jika difahami, guru ialah seseorang yang mengajar, mengasuh serta mendidik kita samada dari segi akademik dan akhlak bagi melahirkan seorang manusia yang mempunyai ilmu bagi memimpin seseorang agar dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Bagi aku guru sangat berperanan dalam membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk menjadi orang yang tahu matlamat hidup dan mengapa perlunya ilmu..Secara jujurnya aku sangat beruntung kerana memiliki guru-guru yang sangat hebat dalam mengajar dan mentarbiah aku dan kawan-kawan...keikhlasan seseorang guru dapat dilihat dari cara curahan ilmu yang di beri dan sikap prihatinnya hingga kini...Tiada seorang guru pun yang ingin anak-anak muridnya tidak berjaya dan tidak berakhlak mulia...Aku sangat beruntung memiliki guru-guru yang bertanggungjawab, penyayang, mulia dan sebagainya...sehingga kini aku masih mengingati nama setiap guru-guru yang mengajarku sejak dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah dan IPT. Aku masih ingat seorang guru yang pernah mengajarkku di sekolah rendah di sekolah yang bernama SEK. KEB. MELATI. Beliau seorang guru yang lemah lembut, penyayang, tegas dalam mengajar, dan sangat memahami anak-anak muridnya...aku sangat kagum dengan dirinya..aku mengenalinya dari dia masih berstatus single hingga telah mendirikan rumah tangga. KINI, sudah 12 tahun aku tidak berpeluang menjumpainya. Tapi ketika aku tahun 2 di IPT, ibu bapaku ada kerumahnya..Beliau menitiskan air mata kegembiraan ketika mengetahui yang aku kini suadah melanjutkan pelajaran ke IPT. Aku seolah-olah dapat merasai kerinduan yang belliau rasai..Kenangan zaman persekolahan selalu ternngiang-ngiang di dalam diriku..Zaman sekolah rendah ialah zaman kegemilanganku..Aku dilayan dengan baik oleh guru-guru..Apabila aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku semakin mengenali erti kehidupan..Guru-guru yang berpengalaman dan tua dengan ilmu telah aku kenali..Mereka banyak membuka mataku agar lebih mengenali siapa aku. Didikan ilmu dan tarbiah yang diberi melahirkan diriku kini..Aku sangat beruntung kerana Allah telah mengurniakan guru-guru yang sangat mullia dalam mengajar dan mentarbiah diriku dan rakan-rakan. Segala teguran aku terima andai aku tersalah langkah...Kasih sayang yang aku dapat dari guru-guru di sini tak pernak aku miliki dari tempat lain...Hubungan yang seperti keluarga antara guru dan anak murid membuatkan aku semat rasa sayang dan rasa bersyukur kerana terpilih untuk menjadi pelajar di sekolah tersebut. SEK MEN AGAMA AL_KHAIRIAH MERSING nama yang cukup indah, seindah akhlak dan keikhlasan tenaga penngajarnya...Insyallah, andai ada ketentuan Allah kepada ku untuk memberi peluang kepadaku membalas jasa mereka, aku akan berbakti kepada sekolah tersebut dalam bersam-sama mendidik pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat...aku hadiahkan sepotong doa hadiah sempena HARI GURU..


Bismillahirahmanirrahim.. 
Ya Allah,
yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni di dunia ini, kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yangikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktrivitidunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Musemata-mata .
Ya Allah,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsandan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , kemudahan urusan, semangat kerjasamayang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawabsebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dankepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Aanugerahkan la mereka darjat yang tinggi..
Aamin..

   

Sabtu, 17 Mac 2012

UNTUK APA AKU DI SINI

Sudah 24 tahun aku di bumi milik Allah ini..9 bulan dalam perut ibu, Tika umurku 5 dan 6 tahun, aku menuntut ilmu di tadika dan taski. 6tahun di sekolah rendah..6tahun di sekolah menengah, setahun di sekolah tinggi, 4tahun di IPT..Sampai sekarang aku masih belajar..Sampai sekarang aku masih cuba untuk menjadi orang yang baik dan cube jadi yang terbaik...Kehidupan tak semudah kita menyebut perkataan itu. Tanpa iman yang kukuh, tak mudah kita melalui hari-hari yang berlalu dalam hidup..Tanpa kita tahu siapa kita, tak mudah untuk kita hidup sebagai hamba yang benar-benar mencapai matlamat sebenar asal kejadian kita di bumi ini..Sudah terjawab atau tidak setiap soaln yang sentiasa berlegar dalam diri kita sebagai hambaNya?Siapa kita?andai tepat jawapan yang kita terpikir untuk menjawabnya, maka tepat la matlamat kita didunia ini dan pastilah kita akan benar-benar berusha untuk melaksanakan cara untuk mencapai matlamat tersebut...kerana apa??kerana kita tahu siapa kita di sini...kerana kita tahu untuk apa kita berjaya di lahirkan di sini..Kadang-kadang kita rasa kecundang, tapi kita masih mampu teruskan hidup kerana apa?? kerana kita percaya, DIA(ALLAH) ada bersama kita..Dia uji kita untuk kita ingati Dia dan tak lari dari matlamat sebenar kita di sini..Di pentas ini ini kita mengenali yang mana intan, yang mana kaca..Di pentas ini dapat kita beza yang mana benar yang mana palsu...yang mana ikhlas yang mana pura...Karaktor apa yang kita bawa dalam pentas ini??Pentas ini berbeza dengan pentas lakonan di kaca TV..kerana apa??kerana pentas ini, tidak boleh tidak, karaktor yang perlu kita dokong sebagai karaktor yang baik..kerana apa??kerana Dia mahu melihat kita memegang karaktor itu...kerana berjayanya kita di pentas itu jika kita berjaya mambawa watak baik itu dengan benar-benar baik dan ikhlas...Sudahkah kita berjaya membawa watak itu??