INDAHNYA ISLAM

Sabtu, 17 Mac 2012

UNTUK APA AKU DI SINI

Sudah 24 tahun aku di bumi milik Allah ini..9 bulan dalam perut ibu, Tika umurku 5 dan 6 tahun, aku menuntut ilmu di tadika dan taski. 6tahun di sekolah rendah..6tahun di sekolah menengah, setahun di sekolah tinggi, 4tahun di IPT..Sampai sekarang aku masih belajar..Sampai sekarang aku masih cuba untuk menjadi orang yang baik dan cube jadi yang terbaik...Kehidupan tak semudah kita menyebut perkataan itu. Tanpa iman yang kukuh, tak mudah kita melalui hari-hari yang berlalu dalam hidup..Tanpa kita tahu siapa kita, tak mudah untuk kita hidup sebagai hamba yang benar-benar mencapai matlamat sebenar asal kejadian kita di bumi ini..Sudah terjawab atau tidak setiap soaln yang sentiasa berlegar dalam diri kita sebagai hambaNya?Siapa kita?andai tepat jawapan yang kita terpikir untuk menjawabnya, maka tepat la matlamat kita didunia ini dan pastilah kita akan benar-benar berusha untuk melaksanakan cara untuk mencapai matlamat tersebut...kerana apa??kerana kita tahu siapa kita di sini...kerana kita tahu untuk apa kita berjaya di lahirkan di sini..Kadang-kadang kita rasa kecundang, tapi kita masih mampu teruskan hidup kerana apa?? kerana kita percaya, DIA(ALLAH) ada bersama kita..Dia uji kita untuk kita ingati Dia dan tak lari dari matlamat sebenar kita di sini..Di pentas ini ini kita mengenali yang mana intan, yang mana kaca..Di pentas ini dapat kita beza yang mana benar yang mana palsu...yang mana ikhlas yang mana pura...Karaktor apa yang kita bawa dalam pentas ini??Pentas ini berbeza dengan pentas lakonan di kaca TV..kerana apa??kerana pentas ini, tidak boleh tidak, karaktor yang perlu kita dokong sebagai karaktor yang baik..kerana apa??kerana Dia mahu melihat kita memegang karaktor itu...kerana berjayanya kita di pentas itu jika kita berjaya mambawa watak baik itu dengan benar-benar baik dan ikhlas...Sudahkah kita berjaya membawa watak itu??