INDAHNYA ISLAM

Rabu, 23 Mei 2012

aku paling suke??

Barang-barang yang paling aku suka masa kanak-kanak:
1-warna crayon yang mcm2 bentuk..(mase tu dpt crayon bentuk itik).
2-buku warna dan buku cerita.(lau g spermrket msti naik tingkat 3 sorang2 cari buku.)
3-pensel tekan.
4-Baju tshirt ada topi kt blakang baju.
5-kasut roda(sampai mimpi2 slagi tak beli.(dapat mase dapat no best dlm kelas.sb abah jnji nk beli)
6-majalah surat kbr DIDIK.(langgan kt sekolah).
7-key chain

Barang2 yanng paling aku suka waktu remaja:
1-Al-Quran tafsir.(ayah bagi satu, tp ilang mase kt sek agama rmpin.
2-aksesori rambut.
3-Enset.(1st time gune mase tingkatan 5, tu pn ayah punyer)
4-Jam tangan kepala besar.
5-sendel cam laki-laki.
6-kasut sarung yang comel.

Barang-barang yang paling aku suke bile belia:
1-jubah.
2-kasut
3-beg tali panjang.
4-al-quran tafsir(first time beli sendiri)
5-pendrive
6-kumpul buku.(buku management, akhlak, akidah, feqh, motivasi, haraki)
7-masak.
(banyak lg..bukan meterialistik, just untuk suke2)

Sesuatu yg boleh bt menangis:
1-Rindu mak n ayah.
2-ada masalah.
3-kene marah
4-tgk adik-adik kene marah.
5-nampak baby bile ada masalah.
6-Bile lame xmuhasabah diri.
7-bile barang yang aku sayang hilang atau orang gune xmntak izin.
8-rindu kawan-kawan



Rabu, 16 Mei 2012

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ini hari yang mengingatkan aku tentang pengorbanan seorang guru kepadaku..GURU??jika difahami, guru ialah seseorang yang mengajar, mengasuh serta mendidik kita samada dari segi akademik dan akhlak bagi melahirkan seorang manusia yang mempunyai ilmu bagi memimpin seseorang agar dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Bagi aku guru sangat berperanan dalam membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka untuk menjadi orang yang tahu matlamat hidup dan mengapa perlunya ilmu..Secara jujurnya aku sangat beruntung kerana memiliki guru-guru yang sangat hebat dalam mengajar dan mentarbiah aku dan kawan-kawan...keikhlasan seseorang guru dapat dilihat dari cara curahan ilmu yang di beri dan sikap prihatinnya hingga kini...Tiada seorang guru pun yang ingin anak-anak muridnya tidak berjaya dan tidak berakhlak mulia...Aku sangat beruntung memiliki guru-guru yang bertanggungjawab, penyayang, mulia dan sebagainya...sehingga kini aku masih mengingati nama setiap guru-guru yang mengajarku sejak dari tadika, sekolah rendah,sekolah menengah dan IPT. Aku masih ingat seorang guru yang pernah mengajarkku di sekolah rendah di sekolah yang bernama SEK. KEB. MELATI. Beliau seorang guru yang lemah lembut, penyayang, tegas dalam mengajar, dan sangat memahami anak-anak muridnya...aku sangat kagum dengan dirinya..aku mengenalinya dari dia masih berstatus single hingga telah mendirikan rumah tangga. KINI, sudah 12 tahun aku tidak berpeluang menjumpainya. Tapi ketika aku tahun 2 di IPT, ibu bapaku ada kerumahnya..Beliau menitiskan air mata kegembiraan ketika mengetahui yang aku kini suadah melanjutkan pelajaran ke IPT. Aku seolah-olah dapat merasai kerinduan yang belliau rasai..Kenangan zaman persekolahan selalu ternngiang-ngiang di dalam diriku..Zaman sekolah rendah ialah zaman kegemilanganku..Aku dilayan dengan baik oleh guru-guru..Apabila aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah, aku semakin mengenali erti kehidupan..Guru-guru yang berpengalaman dan tua dengan ilmu telah aku kenali..Mereka banyak membuka mataku agar lebih mengenali siapa aku. Didikan ilmu dan tarbiah yang diberi melahirkan diriku kini..Aku sangat beruntung kerana Allah telah mengurniakan guru-guru yang sangat mullia dalam mengajar dan mentarbiah diriku dan rakan-rakan. Segala teguran aku terima andai aku tersalah langkah...Kasih sayang yang aku dapat dari guru-guru di sini tak pernak aku miliki dari tempat lain...Hubungan yang seperti keluarga antara guru dan anak murid membuatkan aku semat rasa sayang dan rasa bersyukur kerana terpilih untuk menjadi pelajar di sekolah tersebut. SEK MEN AGAMA AL_KHAIRIAH MERSING nama yang cukup indah, seindah akhlak dan keikhlasan tenaga penngajarnya...Insyallah, andai ada ketentuan Allah kepada ku untuk memberi peluang kepadaku membalas jasa mereka, aku akan berbakti kepada sekolah tersebut dalam bersam-sama mendidik pelajar-pelajar di sekolah tersebut untuk menjadi orang yang berguna dan berjaya di dunia dan akhirat...aku hadiahkan sepotong doa hadiah sempena HARI GURU..


Bismillahirahmanirrahim.. 
Ya Allah,
yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni di dunia ini, kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yangikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktrivitidunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Musemata-mata .
Ya Allah,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsandan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka ,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , kemudahan urusan, semangat kerjasamayang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawabsebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dankepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Aanugerahkan la mereka darjat yang tinggi..
Aamin..