INDAHNYA ISLAM

Isnin, 11 April 2011

Manisnya mengadu dengan-Nya

Dia di sini merujuk kepada pencipta kita yang agung iaitu Allah Swt. Kita sebagai hambanya hidup di dunia ini hanyalah umpama pengembara yang sedang berusaha menuju ke detinasi yang di cari. Dalam perjalanan menuju ke destinasi pastilah banyak gangguan dan ujian yang perlu di tempuhi. Jika tersalah, maka sesatlah…Kompas alat utama untuk menuju ke destinasi.

Begitulah hidup. Andai kita berbekalkan Al-Quran dan sunnah, luruslah kita..Andai kita tiada bekalan maka pelbagai perkara mempengaruhi kita. Penguat hati lagi di tambah dengan ibadat di malam hari. Orang-orang alim dan wali-wali menggunakan malam masa untuk beribadat kepada Allah swt.

Daripada Al-Aswad berkata: Aku bertanya kepada Aisyah r.a: “bagaimanakah solat Nabi SAW di waktu malam?” Aisyah berkata:

“Baginda biasa tidur di awal malam dan bangun di akhir malam kemudian baginda solat. Kemudian baginda kembali ke tempat tidurnya. Apabila azan telah berkumandang baginda bangkit. Jika baginda junub, baginda mandi, jika tidak baginda hanya berwuduk.”(hadis riwayat Buhkari).

Tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk solat 2 rakaat. Walau terjaga selalu dihanyutkan lagi dengan buaian syaitan untuk kembali tidur. Di antara tips-tips mudah melakukan Qiamulail:

· Istighfar sebelum terbenam matahari.

· Tidak makan terlalu kenyang sebelum tidur.

· Menutup hari dengan kebaikan.

· Menjaga mata dari pandangan yang haram.

· Tidak terlalu cenderung kepada dunia.

Amalan-amalan ini yang sebaiknya. Tetapi kita perlu berusha untuk menggunakan cara-cara lain juga untuk bangun bertahadjud. Sepertimana kita ketahui, qiamulail ini satu kewajipan yang di lakukan oleh Rasulullah tetapi sunah bagi umatnya. Qiamulail juga adalah satu cara untuk seseorang melakukan perubahan dalam dirinya kearah yang lebih baik. Ini kerana dalam Qiam kita bebas berdialog dengan Allah..mohon lah segala-galanya dari-Nya. Insaflah dan menangislah sepuas-puasnya. Mengadulah seperti seolah-olah Allah melihat kita.

Apabila kita melakukannya dengan ikhlas dan ihsan, terbuktilah kesannya di siang hari. Hidup lebih bersemangat dan segala kerja Insyaallah dapat di lakukan dengan mudah dan sempurna. Bagi mereka yang belum pernah cuba melakukan Qiam ini, cubalah..Buat la dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Bersangka baiklah terhadap Allah SWT. Kepuasan itu datang cepat atau lambat, sabarlah…Kemanisannya ada menunggu di hadapan. Jadilah umpama “Singa di siang hari dan Abid di malam hari”. Moga kalimah ini terpahat dalam diri ana dan pembaca sekalian. Bersamalah kita berdoa:

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah Ya Tuhanku..

Ampunkan lah dosaku..

Jadikanlah aku elok amalan..

Tunjukkan aku jalan kebenaran..

Teguhkan aku Islam dan Iman..

Permudahkan aku di hari kemudian..

Limpahkan darjat yang tinggi ke atas junjungan kami Rasulullah Saw,

Rahmatilah kedua Ibu bapa kami dan guru-guru kami,

Serta muslimin dan muslimat seluruhnya..

Amin…

*Doa mase sek rendah setiap kali perhimpunan-1995-2000-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan