INDAHNYA ISLAM

Jumaat, 16 Julai 2010

BAHTERA REDHA

Bismillahirrahmanirrahim...
Aku seorang insan yang cuba menjadi yang terbaik di antara yang terbaik.Jarang aku manjadi yang terbaik di antara yang terbaik.Cuba mencari cinta Allah sedalam mungkin.Merindukan Rasulullah yang terkenal dengan berjuta-juta ketabahan.Bahtera ini menyelamatkan aku dari tenggelam dalam samudera tamak haloba, dengki, sempit dada, dan sikap pesimistik.Redha adalah ciri mukmin sejati. iman takkan sempurna jika seseorang tiada sifat ini. Para pendakwah islam adalah orang yang paling utama untuk mempunyai sifat redha dengan takdir Allah, samaada takdir yang baik atau yang buruk. Insan yang memebawa islam sangat besar amanahnya. Seringkali di uji dan di bolak balikkan hatinya. Seringkali juga diragu-ragukan hati mereka. Maka pinta lah pada Allah moga di tetapkan hati kita. Agar segala mehnah dan trebulasi mampu kita hadapi. Sekali aku berjuang, aku tidak pernah menyesal menjadi aku. walaupun aku bukan pendokong yang utama, aku masih menjadi bahagian sayap yang mungkin memberi sedikit bantuan yang boleh menjadi saksi di akhirat nanti, kerana menjadi aku, aku bisa mencintai Tuhanku,Rasulullah dan sahabatnya..kerana aku anak abah dan ibu, dan aku tetaplah aku.Tapi kini aku pembawa agama, jalan inilah yang memberi semangat untuk hidup dan sentiasa mengingatkan aku pada Maha Esa. Seringkali di pimpin sahabat seperjuangan yang bila bertemu mengingatkan aku indajnya bersahabat kerana-Nya.Kini aku cuba tidak mementingkan pandanagn manusia berbanding pandanagn Allah. Ku mohon moga aku dipandu oleh bahtera ituwalau mungkin dulu aku bukan lah sehebat itu dan kadangkala tercicir dari mengingati dalam saat hidupku. Ku tahu, ada kalanya aku perlu menangis agar aku tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa. Agar aku tahu betapa mahalnya air mata dan aku perlu bersyukur pada orang yang menjatuhkan aku kerana dia memperhebatkan kemamapuanku. Aku juga perlu bersyukur pada orang yang menyiksa ku kerana dia menguji kesabaran dan ketabahanku. "Pernah aku membaca risalah dari Al- Akh Al- Daiyah Fathi Yakan, beliau telah mengingatkan aku bertapa kehidupan para dai'e dan pendokong -pendokong perjuangan Islam sentiasa di hadapkan dengan ujian-ujian dan halangan-halangan. hendaklah jangan mudah tunduk lalu mundur dari medan perjuanngan.
"...lebih baik aku tidur lana di waktu malam dan bangun pagi menyesal dari aku berjaga malam beribadat dan bangun pagi merasa megah.
"-petikan dari Buku Golongan Yang Tercicir Disepanjang Jalan Dakwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan