INDAHNYA ISLAM

Isnin, 19 Julai 2010

REDHALAH ATAS PILIHAN ALLAH

JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU BERBURUK SANGKA TERHADAP TUHANMU, KERANA SESUNGGGUHNYA ALLAH LEBIH UTAMA UNTUK DI SYUKURI(KURNIANYA)

Adakalanya kita tersungkur dan sudah jatuh ditimpa tangga pula.Apabila kita di pertanggungjawabkan memegang amanah Allah, pelbagai ujian yang diterima dan bakal diterima.Ujian yang datang bukan datangnya dari luaran semata-mata,bahkan dari orang yang terdekat dengan hidup kita.Mereka yang mengetahui jatuh bangunnya diri kita.Keluarga ada kalanya menjadikan kita lebih semangat dan ada kalanya memberi kita berbondong-bondon ujian untuk kita lebih tabah.Dari itu tahulah kita yang kita bakal menerima ujian yang lebih besar apabila kita sebagai pembawa agama di uji dengan ujian yang berpunca dari saudara sendiri.Mengapa ingin membawa orang lain untuk lebih mendalami agama sedangkan saudara sendiri tercicir.

Apa yang kuimpikan adalah mempunyai kaum kerabat yang memahami sedalam-dalamnya islam.Ku tahu bukan mudah untuk mengimpikan semmua itu jika sekadar bermadah di gigi bibir. Aku perlu mulakan dari diriku sendiri.Ku impikan dunia yang isinya memahami kehendak islam sebenar. Ku lihat pemimpin-peminpin kini tergolong dalam kumpulan yang mempermainkan islam. Aku kabur dengan istilah pemimpin. Adakah mereka sekadar memiliki jawatan untuk memebuat kerja atau memjadi contoh kepada rakyatnya. Layakkah mereka untuk memegang amanah yang di berikan andai amanah tuntutan islam yang mudah tidak di tunaikan nya. Masih ku ingat ketika aku mendengar seorang ustaz,beliau mengatakan,andai pemimpin di atas memiliki etika yang cantik dan berlandas syariat, maka cantiklah etika orang bawahannya.

Dunia kini menyalahkan sesama sendiri.Pelbagai hukuman di lebarkan, tapi hukuman Allah di abaikan dengan itu masih ada jenayah-jenayah yang semkakin membiak-biak. Ku tunggu moga ada lahirnya sahabat-sahabat yang bersamaku menggerakkan hukum Allah dan syariatnya nya di muka bumi ini nanti.Moga suatu hari nanti umat islam akan diketuk dinding hati mereka agar tersedar untuk berjihad di jalan Allah seperti mana tokoh-tokoh sebelumnya yang bersungguh menegakkan Islam dalam gerakan-gerakan seperti Pas, Hamas,Hisbullah dan ikhwanul muslimin..AMIN..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan